Hehe... Bommmm... Lama aku tak update blog ni.. Menyepi saja tanpa khabar berita.. Hikhikhik.. Aku sebenarnya pun tak tahu nak tulis apa tapi tiba-tiba aje tangan aku ni gatal nak menulis.. Fikir2 aku ingat nak pos novel yang ada la sikit aku tulis.. Haha.. Orang lain sibuk berblog dan berkarya, aku pun tergedik-gedik nak berblog juga.. Hehe..
Mulanya aku ingat pos benda2 mengarut je tapi bila difikirkan tak elok sebenarnya sebab setiap patah perkataan yang kita tulis itu akan dikira diakhirat sana. Biarlah apa yang kita tulis itu ada makna disebaliknya. Janganlah main tulis aje.
Aku sebenarnya nak kongsi info pasal shaklee dengan kenkorang sume. Mesti korang sume tahu apa itu shaklee. Shaklee ni dah terkenal seluruh dunia. Mustahillah kalau korang tak tahu. Ermmm... Kalau yang tak tahu jugah mehh..aku cakap. Shaklee tu sejenis vitamin atau kata lain supplement ataupun makanan tambahan.
Shaklee ni kalau korang tahu memanglah sejenis supplement yang tersangatlah superb!!! Aku mula diperkenalkan dengan produk shaklee pada tahun 2013. Baru aje. Orang yang dipertanggungjawab memperkenalkan aku pada produk shaklee ni ialah kakak aku sendiri je. Dia dulu yang jadi peneraju kepada shaklee lepas tu sume adik beradik aku yang lain berjangkit sama. Tak kira laki atau perempuan.
Kakak aku suruh aku cuba shaklee ni sebenarnya sebab aku ni ada masalah haid. Kitaran haid aku tak berapa nak betul. Kadang datang kadang dak. Haid aku sama jugak dengan tuannya lah. Tuannya pun bukan betul stereng sangat. Hehe.. Tengok ajelah apa yang aku duk merepek ni. Korang layan aje lah yo.. Hehe..
Hehe.. Shaklee ni ada banyak produknya. Macam2 ada. Produk pertama aku yang aku cuba untuk membetulkan hormon aku ni ialah GLA. Akak aku yang suruh aku ambil vitamin GLA ni sebab GLA ni memang bagus bagi mereka yang mengalami masalah haid ni..
Hehe.. Tapi sebenatnya bukan itu saja khasiat si GLA ni. Banyak lagi wehh.. Korang nak tahu ke? Hehe.. Tunggu ye! Nanti aku update lagi. Tangan aku dah lenguh ni. See ya! Muahhh... 😘😘😘
coretan hatiku...
Monday, 26 January 2015
Monday, 18 February 2013
Arwah Adli...abang yg telah pergi meninggalkn aku...
adli hakim bin semsuddin...abangku yg kelima yg telah pergi mnghadap Ilahi... hajatnya utk bsama ma tlh tercapai. Dia selalu cakap yg dia nk pergi jumpa ma. Dia selalu cakap yg dia tak mampu hidup tanpa ma. Aku sekali sekala bila trbaca apa yg trtulis dkt dinding bilik dia memang akn menitis air mata aku ni. Allah telah kabulkan doa dia utk btemu dgn ma. Pd tanggal 17/2/2013 dia telah pergi. Banyak juga kenanganku bersamanya terlakar.Dia adlh teman sepermainanku ketika ku kecil. Suka dan duka bnyk aku konsikan brsamanya ketika kecil tp bila besar hubunganku dengnnya sedkit renggang mungkin kerana kami semunya telah besar.
Pada hr sabtu mlam ahad pd pukul 12.30 malam abah telh menerima satu panggilan.Melalui panggilan itulah satu berita yg sangat menyayat hati telah trkhabar. Adli telah kemalangan.Keadaannya sangt nazak.Aku yg mendengr berita... saat itu hanya Allah saja yg tahu perasaanku.Tahu saja berita tentang kemalangn yg menimpa dia lants kami adik beradik pulang.
Aku tk putus2 brdoa agar dia selamat tp segala-galanya telah dirancang oleh Allah.Pada pukul tiga lebih-lebih aku diberitahu bahawa abangku adli telah tiada.Dia dah pergi..dah pergi.Saat itu juga air mataku pantas mengalir.Aku berasa sangt bersalah padanya. Sangat brsalah...kalaulah aku tak ambil keputusan utk prgi ke kuala lumpur mungkin masa tu aku sempat untuk bertemu dengannya. Aku bersalah sngt dengan mu Li...mu tepon ko aku tanyo bilo aku nk balik...tp aku kato aku tak tahu...li aku brsalah dgn mu sngt2...li kalu minta tolong gapo2 dgn mu..mu mudoh sngt... Kami adik berdik sngt sygkn mu li tp Allah lbh sygkn mu.... Mu dgn ma doh tingglkn aku...aku pon nk sngt g ikt mu nga ma...tp....
Saturday, 9 February 2013
wajah bondaku tersayang yg telah kembali ke rahmatullah..
inilah bonda yg sangt aku sayangi. Bondaku telah pulang ke rahmatullah pada hari jumaat, pada tanggal 25 januari 2013.Hari Jumaat merupakan hari yg sngt mulia.Hari Jumaat merupakan hari segala penghulu hari. Aku sama sekali tidak menyangka bahawa ma akan meninggalkan aku dengan begitu cepat sekali. Hari terakhir hembusan nafasnya aku tiada disisinya. Dia menghembuskan nafas terakhirnya di hospital. Malam seblm ma prgi aku brsamanya, tp keesokan hrnya aku pulang untuk merehatkan diri. Tepat jam 12.00 tengah hari...kakaku, kak yah menelefonku memberitahu sesuatu sambil menangis.Ya, ma dah xde..ma dah xde. Aku yg mendengar hanya diam.Mendengar saja berita tentang kepergian ma...duniaku terasa terhenti buat seketika...mulutku terasa seakan trkunci untuk melafazkan kalimah innalillahiwa inna ilahirojiun....hanya air mata yg mengalir dipipiku.
Seketika kemudian jiran dihadapan rumahku sampai...Mak cik Esah...seorang nenek yg sngt perihatin trhdp keluargaku..brtanyakan soal ma...mana ibumu...sesampai mak cik esah dihadapan bilikku...dia sedikit kaget melihat aku menangis..lalu brtanya...kenapa...kenapa....
Ya Allah...trlalu sukar untuk aku luahkan saat ini...tp aku cuba juga...aku katakan pd mak cik Esah bahawa ma dah takde mak cik...ma dah takde mak cik... Mak cik Esah tergamam smbl mulutnya menyebut kalimah innanlillahiwa inna ilahirojiun...
Lantas mak cik esah minta aku supaya brsabar...aku sudah tidk endahkan nasihatnya. Hatiku benar-benar terasa kosong. seketika kemudian mak ngah...ibu saudaraku smpai... Dia lants memelukku smbl brkata... Ya...ma dah xde...ma dah xde...ma dah xde ya...sabarlah ya... Aku menangis semahu-mahunya dibahu mak ngah...Saat itu aku sudah lupakan segala-galanya.Aku hanya tahu menangis.
Selepas itu aku ke hospital. Sesampainya aku dihospital, aku lihat kakak dan abangku sedang membaca yasin buat ma. Ma..sudah terbaring diatas katil...jasadnya sudah dibungkus dengan kain. Aku hanya melihat dengan pandangan kosong.Air mata tetap mengalir dipipiku.Ma dah xde....Ma dah kembali ke rahmatullah.Ma dh tinggalkan aku.Ma dah pergi buat selama-lamanya. Aku tak sempat nk minta maaf dgn ma.Banyak dosa yg aku lakukan dengan ma.
Subscribe to:
Comments (Atom)
